Latest News

Rencong Aceh

Tuesday, April 20, 2010 , Posted by Kelab Pencak Gayong Raga Sukma at 6:37 PM

Rencong Aceh Dipakai Wanita




Terdapat rencong aceh yang dibuat khusus untuk di gunakan oleh kaum wanita.Panjangnya semasa bersarung adalah 9 3/4 inci. Panjang matanya pula adalah 4 1/2 inci dan lebarnya 5/8 inci. Hulunya diperbuat dari tanduk, dan sarung dari kayu yang mata bahagian atasnya diukir.
Rencong Aceh untuk wanita ini biasanya disembunyikan di dalam sanggul.


Rencong Aceh




Walaupun mempunyai persamaan dengan Tumbuk Lada, tetapi perbezaan pada reka bentuk tajam pada hulu dan sarungnya.
Ianya berasal dari Aceh, Sumetera Utara. Seperti juga keris dalam negeri-negeri Melayu, Rencong Aceh merupakan sebahagian daripada pakaian adat istiadat Aceh.
Panjang bilah matanya di antara 8 1/2 inci dan sembilan inci. Lebarnya pula di antara 3/4 inci ke 1 inci. Pada bahagian tengah bilah mata Rencong diukir kalimah "Allahu Akbar" daripada perak, yang berbentuk melengkung, memanjang dari pangkal ke hujung mata rencong.
Sarungnya pula diperbuat daripada kayu teras hitam. Hulunya samada daripada kayu atau tanduk yang bengkok, pada tapak hulunya iaitu bahagian penyambungan antara mata dan hulu dimasukkan gelang tembaga. Pada hujung sarung kebiasaannya dihiaskan dengan cebisan gading dan tengah sarung pula dihiaskan dengan gelungan dawai tembaga.





Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment