Pembantu Jurulatih

Pembantu Jurulatih pembantu jurulatih

Penaja Kami

Penaja Kami Penaja Kami

Jurulatih

Jurulatih Jurulatih - The Movie

Hijau vs Merah

Hijau vs Merah Hijau Vs Merah
Latest News

Pertandingan Diperingkat Mssk

Posted by Kelab Pencak Gayong Raga Sukma on Tuesday, April 20, 2010 , under | comments (0)






p/s : Semua Gambar-Gambar Didalam laman ini Milik KPGRS

Majlis Penyampaian Selimpang dan Perlimau

Posted by Kelab Pencak Gayong Raga Sukma on , under | comments (0)


















p/s : Semua Gambar-Gambar Didalam laman ini Milik KPGRS

Di Gelangang Pusat Kok Lanas

Posted by Kelab Pencak Gayong Raga Sukma on , under | comments (0)













p/s : Semua Gambar-Gambar Didalam laman ini Milik KPGRS

Di Gelangang Silat Sek.Keb Melor

Posted by Kelab Pencak Gayong Raga Sukma on , under | comments (0)















p/s : Semua Gambar-Gambar Didalam laman ini Milik KPGRS

Di Gelangang Sek.Men.Keb Pak Badul

Posted by Kelab Pencak Gayong Raga Sukma on , under | comments (0)












p/s : Semua Gambar-Gambar Didalam laman ini Milik KPGRS

Barisan Kepimpinan KPGRS

Posted by Kelab Pencak Gayong Raga Sukma on , under | comments (0)



Barisan tengah : Dari Kiri ; Cikgu Ariff Aizuddin (Gurulatih), En.Mohd Syawal Sulaiman (Pengerusi Kelab) dan Cikgu Adnan Ariffin (Gurulatih)



Gurulatih -Gurulatih Cawangan melor

Penbantu jurulatih muda cawangan (Mac 2009)



p/s : Semua Gambar-Gambar Didalam laman ini Milik KPGRS

Keris

Posted by Kelab Pencak Gayong Raga Sukma on , under | comments (0)




Keris merupakan salah satu senjata orang-orang Melayu. Permainan keris biasa diajarkan di dalam kebanyakan silat. Tanpa mengetahui permainan keris, tak lengkaplah ilmu kependekaran seseorang itu.

Antara keris yang terkenal hingga kini ialah seperti Keris Taming Sari dan Nogo Sorso yang mempunyai luk 13 dan matanya berbentuk ular naga yang diperbuat daripada emas. Untuk menentukan jenis keris yang terdapat di kepulauan melayu adalah dari pemerhatian keatas bentuknya iaitu hulu, sarung dan bentuk matanya.

Dari bentuk inilah keris boleh dibahagikan kepada 7 jenis:

  • Keris Semenanjung atau Utara
  • Keris Pekakak
  • Keris Jawa
  • Keris Sumatera
  • Keris Bali dan Madura
  • Keris Bugis
  • Keris Sundang atau Solok
Bagi menempa sebilah keris sekurang-kurangnya hendaklah dari 2 jenis besi yang berlainan dan 7 jenis besi bagi keris yang baik. Adalah dipercayai keris kepunyaan Laksamana Hang Tuah diperbuat daripada 20 jenis besi yang diambil dari tempat yang berlainan.

Kebanyakan keris zaman dahulu adalah berbentuk 'peribadi' yang diperbuat daripada tangan iaitu 'picit'. Tukang besi terlebih dahulu akan mengenal pasti tuan empunya dan ayat-ayat al-Quran digunakan, selain ayat tertentu yang bersesuaian dengan pemiliknya.

Panjang atau lebar mata sebilah keris bergantung kepada jenis sama ada dilurus atau berluk-luk. Jumlah luk keris adalah dalam angka ganjil. Ulu keris diperbuat daripada kayu, tanduk atau tulang. Ulu keris akan diukir cantik dari pelbagai rupa dan bentuk mengikut kehendak pemiliknya. Ada juga hulu keris diperbuat dari emas. Pada kurun ke-15, Sultan Mahmud Shah telah mengistiharkan hanya kerabat diraja sahaja boleh menggunakan keris berulukan emas. Ulu keris jenis ini dinamakan :

  • Keris Ulu Kencana
  • Keris Harubi
  • Keris Marubi
  • Keris Bawang Sebongkol
Sarung keris juga mempunyai nama-nama tertentu iaitu:
  • sampir
  • sarong
  • buntut
Sampir diperbuat daripada kayu keras yang cantik dan adakala juga diperbuat daripada gading. Sampir merupakan bahagian yang tebal serta lebar dan mempunyai bentuk jalur bujur dan jalur bulat.

Sarong pula berbentuk panjang lurus dan ada pula yang meruncing sedikit ke sebelah bahagian hujungnya yang diperbuat dari kayu atau gading.

Bahagian buntut pula diperbuat dari kayu, tulang, tanduk, gading ataupun logam dan mempunyai empat jenis bentuk yang berlainan iaitu bulat tempurung, bujur sirih, bujur sangkar dan mata kapak.

Melihat bentuk-bentuk tertentu pada keris menampakkan satu nilai seni dan budaya yag tinggi masa lampau dan zamannya. Bagi seorang ahli silat, keris itu lambang seorang pendekar dan lambang kekuatan melayu .